Cara Buat Kueh Donut Semudah A B C

09:53


Anak saya selalu request donut. Tapi saya selalunya akan buat terus kalau ada permintaan dari mereka sebab bahan untuk buat donut dah sedia ada kat rumah.

Donut ni pun saya buat frozen jugak. Jual frozen. Kalau ada permintaan saya terus buat sekilo.

Hari ni saya buat sekilo lagi sebab ada pelanggan order

Saya kongsikan resepi kueh donut gebu dan lembut

Resepi donut gebu dan lembut

Sepaket mauripan segera - direndam dengan air sejuk selama 1/2 jam.

Lepas setengah jam...

Masukkan dalam besen besar:

Tepung gandum 1 kg
2 sudu minyak sayur
Garam hujung sudu
Gula hujung sudu
Mauripan yang telah naik 

Gaul rata dan sebati jika tak cukup air, boleh tambah.

Selepas dah sebati, masukkan setengah cawan minyak masak

Gaul sebati gaul sampai tak melekat kat tangan. 

Bila dah cantik dan nampak tak berminyak, terus bentukkan.

Emm korang tak yah tunggu doh tu naik ek. Buang masa


Saya guna acu kueh donut jer senang

Sediakan tepung gandum dan di letakkan dalam mangkuk. 

Tepung gandum tujuannya untuk elak lekat kat talam

Dah tekan acu kueh, angkat tu terus masukkan dalam tepung tadi. Kemudian atur cantik-cantik dalam talam

Okay dah siap mengacu kan donut..biarkan dalam 1/2 jam. Kalau rasa belum naik tunggu la kejap.

Okay...kalau dah naik terus goreng.

Kalau korang nak frozen kan, goreng sekadar masak saja

Kemudian gaul dalam gula halus... saya suka gula halus yang di blend. Ala macam gula ising tu


Tadaaa...jadi dah....


Korang kalau rasa nak makan donut frozen..
Boleh hubungi saya ya
Haniza
0135131481

You Might Also Like

0 comments